PRU15 | Tiada perbincangan untuk kembalikan GST - Tengku Zafrul

2022-10-27 0

Kabinet tidak membuat perbincangan untuk mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, perkara itu perlu dijelaskan memandangkan apa sahaja cukai baharu perlu diluluskan Jemaah Menteri terlebih dahulu.